Kesesuaian golongan darah pemberi (donor) / penerima (receiver)

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+

Infografik bergambar Kesesuaian darah donor(pemberi) /penerima (sihat)

Kesesuaian golongan/kumpulan darah donor(pemberi) /penerima

Meskipun semua orang darahnya berwarna merah, ia tidak sama dan bukan semua jenis darah boleh diterima untuk kegunaan pseakit yang memerlukannya.

Darah manusia ada 4 kategori – A, B, O dan AB dan setiap jenis itu ada 2 sub kategorinya iaitu positif (+) dan negatif (-). Jadi jumlah golongannya adalah 8 kumpulan yang berasingan.

Dan setiap golongan ini hanya boleh memberi kepada mereka yang darahnya kumpulan tertentu dan hanya boleh menerima darah dari kumpulan yang tertentu. Kumpulan darah yang boleh diberikan dan diterima bukanlah sama.

Rhesus (Rh) untuk darah ialah antigen yang menentukan faktor sama ada darah itu jenis positif atau negatif. Ini ditentukan oleh kehadiran faktor rhesus. Jika ada faktor RH maka ia positif, jika tidak ada faktor RH maka ia jadi negatif.

Golongan darah RH yang positif hanya boleh beri kepada golongan darah RH yang positif yang tertentu.

Golongan darah RH yang negatif hanya boleh terima dari golongan darah RH yang negatif yang tertentu.

Golongan Kumpulan Darah A+

  • Boleh beri kepada golongan darah : A+, AB+
  • Boleh terima dari golongan darah : A+, A-, O+, O-

Golongan Kumpulan Darah O+

  • Boleh beri kepada golongan darah : O+, A+, B+, AB+
  • Boleh terima dari golongan darah : O+, O-

Golongan Kumpulan Darah B+

  • Boleh beri kepada golongan darah : B+, AB+
  • Boleh terima dari golongan darah : B+, B-, O+, O-

Golongan Kumpulan Darah AB+

  • Boleh beri kepada golongan darah : AB+
  • Boleh terima dari golongan darah : semua kumpulan

Golongan Kumpulan Darah A-

  • Boleh beri kepada golongan darah : A+, A-, AB+, AB-
  • Boleh terima dari golongan darah : A-, O-

Golongan Kumpulan Darah O-

  • Boleh beri kepada golongan darah : semua kumpulan
  • Boleh terima dari golongan darah :  O-

Golongan Kumpulan Darah B-

  • Boleh beri kepada golongan darah : B+, B-, AB+, AB-
  • Boleh terima dari golongan darah : B-, O-

Golongan Kumpulan Darah AB-

  • Boleh beri kepada golongan darah : AB+, AB-
  • Boleh terima dari golongan darah : AB-, A-, B-, O-

– KecekHati

Kata gambar Infografik Kesesuaian darah donor(pemberi) /penerima (sihat) KecekHati.com

Komen aja....