Otak lebih penting daripada otot. Jangan malas belajar

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+

Kata bergambar Otak lebih penting daripada otot. Jangan malas belajar. (mesej kepada remaja)

Otak
lebih penting
daripada
otot.

Jangan malas
belajar.

Siapa tak nak kelihatan “super”. Tubuh badan yang mantap, penuh ketul-ketul muscle, ada 6 pack lagi. Ini agaknya untuk menarik perhatian gadis-gadis. (Atau mungkin ada yang mahukan gelaran “Mr World”, “Mr Indonesia”, “Mr Malaysia”, “Mr Brunei”, “Mr Singapore” atau sebagainya. itu sudah status “sportsman” sejati dan tidak kita persoalkan)

Untuk mencapai status ini, ada yang sanggup berlatih lebih 3 sampai 5 jam sehari. Tapi bila ini jadi kepada pelajar, mana ada masa lagi untuk siapkan kerja sekolah, untuk baca dan sebagainya?

Yang penting, kena pandai aturkan masa ikut keutamaan yang patut diletak padanya. Senaman dan bina badan bina otot itu baik untuk diri. Tapi, belajar itu sepatutnya keutamaan nombor satu  setiap pelajar, yang lain kemudian.

Esok soalannya bukan berapa banyak otot kuat yang kita miliki, soalannya dari buku. Kalau tak dibaca, mana boleh dijawabnya?

Kata gambar siri belajar KecekHati.com

Komen aja....

Related Post