Masa paling sukar dalam hidup, bukanlah masa tidak ada sesiapa yang memahami kita

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+

Kata bergambar Masa paling sukar dalam hidup bukanlah masa tidak ada sesiapa yang memahami kita tapi masa kita sendiri tidak memahami diri kita.

Masa paling sukar dalam hidup
bukanlah masa
tidak ada sesiapa yang memahami kita
tapi masa
kita sendiri tidak memahami diri kita.

Ada masanya, apa yang kita buat semuanya tak difahami oleh orang lain. Jadi kita kena marah, ada yang curiga sampai ada yang tuduh menuduh, semuanya  teruk sekali.

Pada hal dalam hati kita, kita tak berasa bersalah sikit pun. Inilah masa hati dan otak saling tidak menentu. Tekanan jiwa dan stress mental menjadi hidup kian panas.

Inilah masa-masa bukan orang lain tidak memahami kita, mungkin kita sendiri terasa keliru dan kurang memahami diri kita sendiri.

Kita hidup bermasyarakat bersama yang lain. Bukan kita seorang ada problem da kesukaran dalam hidup. Semua orang ada problem masing-masing.

Inilah masanya kita perlu minta nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman tapi pemikirannya lebih terbuka. Mereka mungkin memahami problem kita dan boleh menujukan kita ke arah penyelesaian yang lebih baik.

Bersabar dan jangan putus harapan bila ada masalah sebegini. Kesukaran ini bila anda berjaya atasi akan menjadikan kamu seorang yang lebih tabah dalam mengharungi hidup ini.

Kata gambar siri kehidupan KecekHati.com

Komen aja....

Related Post