Mereka yang pernah mengalami pahitnya kehidupan, akan hargai apa itu manis….

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+

Kata bergambar Mereka yang pernah mengalami pahitnya kehidupan, akan hargai, apa itu manis....

Mereka yang
pernah mengalami
pahitnya kehidupan,
akan hargai, apa itu manis….

Pengalaman seseorang itu berbeza sekali dengan orang lain. Cara seorang yang miskin menghargai setiap ketulan daging yang dimakannya amat berbeza dengan mereka yang mampu beli apa-apa.

Mungkin makanan yang kita rasa sebagai kurang standard atau kurang sedap, teramat sedap sekali kepada lidah mereka yang hadapi kesusahan.

Ini bukan sahaja terhad kepada makanan, contohnya hanya seseorang yang kehilangan ibu dan ayahnya mungkin akan benar-benar faham erti perpisahan yang kekal, mungkin juga lebih mensyukuri masa-masa bersama dengan keluarganya daripada mereka yang tak pernah rasa kepahitan hidup ini.

Komen aja....

Related Post