Tidak ada yang kekal selamanya.

Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+

Kata bergambar Tidak ada yang kekal selamanya. (kehidupan)

Tidak ada yang kekal selamanya.

(selamanya menjadi maya)

Diri kita, orang yang disayangi, ibu dan ayah, kawan, teman, sahabat rapat, guru, saudara semuanya tidak abadi.

Kekayaan, harta, nama, populariti semuanya boleh hilang bila-bila waktu.

Kerajaan besar waktu dulu, raja dan askarnya pun sudah hilang dari muka bumi.

Harta yang banyak, badan yang sihat dan kuat, perniagaan yang hebat hanya ada masa ini. Masa akan datang siapa yang tahu?

Jangan lupa diri, ingat bila hari tua nanti yang mungkin kita nikmati hanya kenangan. Yang ada untuk kita tinggalnya mungkin anak-anak, cucu dan kenangan sahaja. Kita faham dan sedar kita tidak mungkin hidup selamanya, tapi kadang lupa juga kebenaran ini dalam arus kehidupan. Ingat, hidup ini hanya sementara.

– KecekHati

Kata bergambar kehidupan KecekHati.com

Komen aja....

Related Post