Close

Susah dan Siapa – Jangan dilupa 3 orang ini

Kata bergambar Susah dan Siapa - Jangan dilupa orang ini. Siapa yang bantu masa kamu susah. Siapa yang buat kamu dalam susah. Siapa yang hilang masa kamu susah.

Susah dan Siapa – Jangan dilupa orang ini.
Siapa yang bantu masa kamu susah.
Siapa yang buat kamu dalam susah.
Siapa yang hilang masa kamu susah.

Apabila kita berada dalam kesusahan kita boleh pelajari pelbagai benda. Di antaranya ialah kaitan antara susah dan siapa.

Susah dan Siapa

Siapa yang bantu masa kamu susah

Apabila ditimpa malang, bukan semua orang yang membantu. Di antara semua teman-teman, biasanya ada seorang atau dua yang akan cuba menolong kita sedaya upayanya. Hargailah sahabat sebegini dan jangan sekali lupakan budi dan jasa baik mereka.

Siapa yang buat kamu dalam susah
Kadang-kadang kita bukan ditimpa malang. Mungkin yang menyebabkan kita susah itu seorang kawan atau rakan di tempat kerja. Jangan dilupakan orang sebegini. Bukannya dengan hasrat untuk membalas dendam, tetapi supaya kita lebih berjaga-jaga dan tidak percaya kesemua cerita karut mereka.
Siapa yang hilang masa kamu susah
Kumpulan ini adalah yang berilmu tinggi dalam seni menghilangkan diri dan boleh lesap sebaik kita bernasib buruk. Sebaik sahaja nasib kita pulih baik semula, mereka akan kembali seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Ini bukan sahabat yang ikhlas. 

Apabila masalah sudah selesai, jangan lupakan pengajaran mereka yang dari kumpulan kedua dan ketiga ini, supaya kita tidak tertipu lagi.

Komen aja....

© 2020 KecekHati | WordPress Theme: Annina Free by CrestaProject.