Close

Cinta adalah virus. Tidak ada ubat. Tidak ada vaksin dan boleh menjangkiti bila-bila masa.

Kata bergambar Cinta adalah virus. Tidak ada ubat. Tidak ada vaksin dan boleh menjangkiti bila-bila masa. Simptom: mata buta/rabun, otak hilang, senyum sendiri, hati cepat cemburu, telinga tak terima nasihat, susah tidur, mimpi siang. (cinta, lucu)

Peringatan

Cinta adalah virus.
Tidak ada ubat.
Tidak ada vaksin (penawar)
dan boleh menjangkiti bila-bila masa.
Simptom: mata buta/rabun, otak hilang, senyum sendiri, hati cepat cemburu, telinga tak terima nasihat, susah tidur, mimpi siang.

Pada zaman dulu, cinta tidak pernah dikaji sebegini teliti. Dengan bantuan para saintis hari ini adalah didapati dengan pastinya cinta itu adalah sejenis virus. Kesannya amat banyak sekali.

Simptom Virus Cinta / Penyakit Cinta

Ini adalah sebahagian tanda-tanda cinta yang dikenalpasti.

Simptom Mata
 mata jadi buta/rabun (pacar yang OK pun nampak lebih cantik daripada Miss World)
Simptom Otak
otak sudah hilangkan diri, otak pergi bercuti (apa saja yang dilihat dikait dengan yang dicintai), tiba-tiba pandai love poems, boleh lupakan kawan-kawan 
Simptom Senyum
senyum bukan salah, tapi suka senyum dan ketawa sendiri bila keseorangan (tanda sakit mental)
Simptom Hati
suka cepat cemburu, rindu seperti lapar tiga hari belum makan apa-apa
Simptom Jantung
berdebar dengan laju, bukan bila buat kerja berat tetapi bila saat dilihatnya
Simptom Telinga
pekak, susah terima nasihat,  macam bercakap dengan dinding, suara pacar yang paling sedap di dunia
Simptom Tidur
tidur waktu malam memang susah, dipenuhi mimpi cinta dan flashback pertemuan, senyum dalam tidur.
Simptom Khayalan
mula mimpi disiang hari, tidak boleh fokus di sekolah atau kerja  
Simptom Kaki
dulu berjalan laju, kini berjalan lebih lambat dari orang tua bila bersama pacar

Dan penyakit ini jika virusnya kuat ianya akan merebak ke tahap Level 2 – peringkat lamaran.

Penyakit ini ada masanya hilang bila sampai ke tahap Level 3 – pernikahan / perkahwinan (mungkinkah ini vaksin yang diperlukan oleh kawan-kawan) Ada beberapa kes di mana penyakit ini mutasi dengan orang yang lain dan ini adalah masalah yang lebih besar.

Pertemuan terbaru : ada orang yang ada antibodi yang natural dan tidak boleh diserang penyakit ini – mereka yang jomblo

Jika tertinggal simptom lain, harap teman-teman tolong ingatkan.

– KecekHati

Kata bergambar cinta KecekHati.com

Komen aja....

© 2020 KecekHati | WordPress Theme: Annina Free by CrestaProject.