Close

Mulut tempatnya di depan supaya tak bicara di belakang.

Kata bergambar Mulut tempatnya di depan supaya tak bicara di belakang. (kehidupan/lucu)

Mulut tempatnya di depan supaya tak bicara di belakang.

Sebagai seorang manusia, kita memang harapkan keikhlasan dari semua orang terutamanya kawan-kawan. Daripada kawanlah kita harapkan sokongan dan persefahaman dalam melaksanakan sesuatu. Tapi ada masanya, kawan yang dipercayai itu ada yang berlakon seperti memberi sokongan sepenuhnya kepada kita, tetapi di belakang kita, dia complain habis-habisan. Perbuatan ini amat sakiti hati seseorang bila diketahuinya. Jika musuh berbicara begitu pun, hati kita masih boleh menerimanya. Tapi bila kawan yang mempermainkan kita di belakang kita, kata-kata itu amat besar lukanya.

Dan jika kita bukan kawan pun, tak perlu jadi hero di belakang orang. Sebagai seorang insan yang ada maruah diri, bicara di depan orang dan berikan pendapat serta bukti jika ada.

Pernahkah ada sesiapa yang menyakitimu sebegini?

– KecekHati

Kata bergambar lucu KecekHati.com

Komen aja....

© 2020 KecekHati | WordPress Theme: Annina Free by CrestaProject.